Garis panduan komuniti
Garis Panduan dan Terma dan Syarat kami ini wujud untuk memastikan semua pengguna-pengguna boleh menikmati HOT or NOT dengan selamat dan bertanggungjawab.
Buat di HOT or NOT
- Sila muat naik gambar-gambar dan video-video milik anda sendiri sahaja
Kami mengambil isu hak cipta dengan serius. Jika anda tidak memiliki hak ke atas gambar atau video, sila jangan poskannya. Dan ingat, kegiatan mempos gambar orang lain sebagai gambar anda adalah amat bosan dan tidak matang. - Sila hormati pengguna-pengguna yang lain
Kami merupakan komuniti yang majmuk. Ini bermakna, menghormati kepercayaan dan harta benda pengguna-pengguna yang lain adalah amat penting. - Sila ikut garis panduan
Janganlah membuat kami sentiasa perlu memberi amaran kepada anda kerana tidak mengikut garis panduan. Kami masih muda dan belum lagi bersedia untuk memikul tanggungjawab ini - Hebohkan HOT or NOT ke seluruh perusuk laman
Kongsi gambar dan video HOT or NOT bersama teman-teman dan sedunia. Kongsilah di laman-laman web yang lain dan lampirkan pautan anda dalam emel-emel dan forum-forum. Biarlah satu dunia mengenali komuniti kita yang hebat. - Jangan segan berkongsi hidupmu dengan sedunia
Laman kami membenarkan anda memberitahu sedunia tentang diri anda dan pekerjaan anda. Ambil kelebihan sepenuhnya HOT or NOT!
Jangan di HOT or NOT
- Jangan mencaci pengguna-pengguna yang lain
Anda haruslah berkelakuan baik seperti dalam kehidupan harian sebenar anda. Berinteraksi dengan pengguna lain bagaikan anda sedang bersemuka dengannya. - Jangan memuat naik material yang tidak bermoral dan bersifat pornografi
Kami pasti anda boleh mencari beberapa laman dalam internet yang anda boleh muat naik dan menatap material pornografi dan gambar dan video yang mengejutkan. Tapi, ini bukanlah tempatnya. Sila jangan lakukan. - Jangan melakukan sebarang aktiviti yang salah dari segi undang-undang di laman kami
Jika anda berbuat demikian, kami tidak akan mengambil ringan dan maklumat anda mungkin boleh digunakan untuk melaporkan anda ke pihak berkuasa. - Jangan menghantar mesej yang disalin dan tampal kepada pengguna-pengguna yang lain.
Anda akan mendapat balasan yang lebih baik jika anda menulis pesanan anda sendiri. - Jangan menghantar spam kepada pengguna-pengguna kami
Jangan cuba menjual barang, laman lain atau diri anda di HOT or NOT.
Kegagalan mematuhi garis panduan akan diberi amaran dahulu dan kemudian, jika berterusan, berkemungkinan akan dibuang akaunnya. Garis panduan ini wujud untuk memastikan HOT or NOT kekal hebat dan ramah untuk semua pengguna. Jika anda tidak bersetuju, sila mendaftar dengan laman yang lain.