Garis Panduan dan Terma dan Syarat kami adalah untuk memastikan semua pengguna-pengguna boleh menikmati Hot or Not dengan selamat dan bertanggungjawab.
Kami mengambil isu hak cipta dengan serius. Jika anda tidak memiliki hak ke atas gambar atau video, sila jangan poskannya kerana ia melanggar peraturan kami dan anda mungkin akan dihalang daripada Hot or Not.
Kami merupakan komuniti yang majmuk. Ini bermakna anda harus menghormati kepercayaan, minat dan harta benda pengguna-pengguna yang lain ketika berada di Hot or Not.
Jangan salin dan tampal mesej yang sama kepada semua yang anda suka. Baca profil mereka dan lihat apa minat mereka. Hantarkan mesej yang berkaitan dengan mereka. 'Hei, nampaknya anda ini peminat sukan' adalah lebih baik daripada 'Hei comel!'
Kami tidak suka memberi peringatan kepada pengguna-pengguna kami untuk mengikut garis panduan ini dan kami benci sangat nak menghalang orang. Jadi, berbaik-baiklah dan anda pasti akan lebih lagi menikmati Hot or Not!
Hot or Not membenarkan anda memberitahu sedunia tentang diri anda dan pekerjaan anda. Ambil kelebihan ini untuk mengheboh-hebohkan tentang diri anda dan juga komuniti menarik ini!
Nikmati masa yang anda habiskan di Hot or Not. Sembang dengan member lain, cari teman dan buat rancangan untuk bertemu. Tak kisah apa yang anda lakukan, yang penting anda berseronok melakukannya!
Kelakuan anda di Hot or Not haruslah seperti dalam kehidupan harian sebenar anda. Berbaik-baik dengan semua yang online bagaikan anda sedang bersemuka dengannya.
Kami berharap anda akan bertemu dengan yang lain dalam dunia nyata menerusi Hot or Not. Jadi, kami minta anda menggunakan nama, gambar dan maklumat yang benar di profil anda. Jangan berpura-pura menjadi orang lain atau mencipta profil sebagai pasangan atau kumpulan.
Sila jangan kirimkan nama terakhir, nombor telefon, alamat rumah, email, URL laman web, tempat kerja atau maklumat lain yang boleh mengenalpasti identiti anda dalam bahagian profil, gambar atau komen umum kerana kami akan memadamkan imej atau maklumat sebegini.
Terdapat tempat yang anda boleh memuat naik pornografi dan imej atau video yang mengejutkan tapi di sini bukanlah tempatnya. Jadi, jangan lakukannya. Ini bukan bermakna anda tidak boleh menunjukkan keseksian anda, tapi tahu-tahulah hadnya.
Kami tidak akan bertoleransi terhadap aktiviti yang salah dari segi undang-undang di Hot or Not. Jika anda berbuat demikian, anda pasti akan dihalang daripada laman ini dan mungkin akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Jangan cuba menjual barang-barang, laman lain atau diri anda di Hot or Not. Anda akan dihalang dengan serta merta.
Anda boleh memberitahu pengguna-pengguna lain tentang anak-anak anda ketika bersembang atau dalam maklumat profil anda tetapi harap maklum peraturan Hot or Not tidak membenarkan gambar kanak-kanak sama sekali walaupun jika anda berada dalam gambar tersebut.
Sila gunakan akal budi ketika menggunakan Hot or Not dan ketika membuat keputusan untuk bertemu dengan pengguna lain dalam dunia nyata. Sila ikut semua langkah-langkah keselamatan yang berikut:
Hot or Not tidak akan mengendalikan pemeriksaan latar belakang jenayah terhadap penggunanya.
Anda akan menerima amaran jika anda gagal mematuhi garis panduan ini (kecuali jika ia adalah sesuatu yang mengakibatkan pemadaman akaun dengan segera). Jika anda tidak menghiraukan amaran ini, akaun anda mungkin akan dipadamkan. Garis panduan ini disediakan untuk memastikan Hot or Not kekal selamat dan ramah untuk semua pengguna. Jadi, sila ikut garis panduan kami.